Monday, December 27, 2010

Pengalaman Baru~...Takkan jadi susah kalau kita berani...

Salam kengkawan semua....

apa khabar...?..baikk, sihat walafiat...?...alhamdulillah...bersyukur kita kepada ALLAH S.W.T kerana masih menyambung nyawa kita sehingga ke hari ini.. Terlebih dahulu aku minta maaf kerana sangat lama tidak mengupdate blog ni kerana kekangan masa dan juga pelbagai masalah maklumlah orang baru masuk semester baru ( semester 4 dahhh ) ...sedar tidak sedar memang itulah realitinya..memang tidak percaya aku dah masuk ke semester 4 kat UKM ni dan sangat banyak kerja perlu dilakukan dalam semester ini.

Baru - baru - Sabtu 25/12/2010 - ni aku , and the gang  empat orang sumenye...pergi ke bandar Sunway atau lebih spesifiknya kat Sunway Mall (ye kot,,.yang kat dalamnya ada sunway Lagoon ) dan salah satu azam dari dulu lagi ialah nak main ice skating...Punya lah terujanya bila tengok orang main benda alah tu...Memang seronok,..tengok orang yang professional, amateur dan budak- budak kecik main...

Lepas tu, pergilah kaunter dan bayar.., check -check harga nak masuk,..agak mahal jugak disitu bagi aku lah, tetapi disebabkan pada hari tu orang sambut Krismas memang tak heranlah agak mahal iaitu sebanyak RM31 ( termasuk glove sekali ) Memang permulaan nya memang takut sikit bercampur teruja nak main benda alah tu,..kasut ice skating tu punya lah berat dan ketat kat depan kaki,..apa lagi..belasah jelah...

Masuk je kat gelanggang tu, pegang - pegang dinding jugak, tengok orang lain selamba je main, jeles je tengok orang pandai kan.,..apa lagi aku beranikan diri main sorang diri,..alih - alih rasanya dah 30 round pusing gelanggang ais tu..eh,..not bad..selama tu jugak belajar satu pengalaman yang cukup berharga dan jugak jatuh laa 3kali!,.sebagai beginner ok la tu jatuh 3 kali..

Kawan aku jatuh ada kat 7,8 kali.., asyik jatuh je lepas tu dia pun terus keluar dari gelanggang,haha.., FYI, jatuh kat gelanggang ais tu tak sakit pon,..cuma basah -basah jelah dan diingatkan supaya jangan bawak handset , kamera ,dan barang berharga lain supaya tidak rosak kot kot masuk air ke dalam barangan tu...

Kesimpulannya..., kepada kengkawan yang belum cuba lagi berluncur ais,.cuba  - cubalah yer,..tak rugi kalau kita belajar sesuatu yang baru dan seronok...Okeiy..?
Jumpa lagi ,..
Assalamualaikumm...














Adios
^_^

Tuesday, December 7, 2010

A brand new start and better life


Assalamualaikum w.bt kengkawan ,...
dan Salam muharram

Post aku kali ini mengenai berkisar kepada kehidupan baru kita setelah bermulanya tahun baru hijriah 1432. Tahun 1431 telah berlalu meninggalkan kita dengan 1001 cerita, pengalaman manis dan pahit, kelat, tawar , masam, dan pelbagai rasa lagi yang sememangnya rencah bagi manusia normal dan lemah seperti kita semua.

Bila berbicara mengenai awal muharram atau kedatangan tahun Islam kita, aku tidak nafikan dan terdapat kebenaran sebilangan remaja yang seakan sudah lupa mengenai bulan - bulan di dalam taqwim Islam. Masyarakat dunia kini lebih gemarkan menggunakan tahun masihi yang digunapakai iaitu kalendar kini ( ia diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII iaitu kalendar Gregorian )

Bukanlah niat aku untuk merendah - rendahkan sesiapa yang menggunakan kalendar Masihi sekarang, tetapi adalah penting bagi umat Islam untuk mengetahui mengenai sejarah kerana terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam kalendar Islam seperti peristiwa Nuzul al-Quran, Isra' Mikraj , Maal Hijrah , Maulidur rasul dan lain lain peristiwa kebesaran dalam taqwim Islam. Dengan adanya takwim sebegini akan menghapuskan sistem takwim jahiliah terhadap aspek kehidupan muslim dari segi akidah , syariah , muamalah dan akhlak.

Umat Islam juga digalakkan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun bagi memohon keampunan sepanjang tahun yang berlalu dan mendatang( doa dibaca selepas asar sebelum maghrib dan selepas maghrib). Diharapkan dengan doa tersebut ALLAH akan mengampuni kita dan dipermudahkan kehidupan dunia dan akhirat, InsyaALLAH.

Jadinya, tahun baru ni diharapkan kita semua (terutamanya aku sendirilah) sama - sama top up amalan dan kebajikan terhadap Pencipta, agar menyedari tujuan kita hidup diatas muka bumi ini. Aku juga berdoa supaya kengkawan meneruskan amalan baik dan tinggalkan segala perkara - perkara hitam lalu dan mulakan hidup berjasa kepada Agama, bangsa dan Negara. Okeh?..Kepada sesiapa yang terasa, aku mintak ampun, mintak maaf kalau tersinggung dan segala yang baik hanyalah datang daripada - NYA.

Pantun hari ini berbunyi:

Ikan keli berenang ke sana kemari,
Perutnya lapar perlu diisi,
Tahun berlalu usahlah ditangisi,
Pasrah dan hadapilah tahun ini dengan penuh berani.

P/S : Kita hidup tidaklah lama, jadi isikanlah masa kengkawan semua dengan aktiviti yang berfaedah okeh??..Berehhhh,...

Fikir - fikirkanlah dan selamat beramal... Salam... =)





Friday, December 3, 2010

Ingat Laki Tak reti Bebelog Ke?..

Salam,dan Salam Sejahtera kengkawan

Ini adalah post pertama aku(selepas intro Buku1),..
topik kali ini adalah lelaki dan blog,.Fakta yang boleh aku kongsikan kat sini setahu akulah..lelaki, tidak kira normal atau ehem ehem jarang berbelog, itu mungkin dulu 5 -6tahun lepas, contohnya aku sendiri,..Blog dulunya banyak memperihalkan pasal hal - hal peribadi, politik, sosial dan macam - macam lagi tapi sekarang pon ada lebih kurang jer tapi sekarang lebih advance dengan icon,music player , youtube dan lain-lain takde lah bosan sanagat. Zaman aku dulu mana lah minat main blog itu blog inilah, itu pon banyak tahun lepas laa,..

Bila difikirkan balik, banyak juga la kelebihan blog ni contohnya capaian luar (external link) mengenai sesuatu perkara boleh kita dapati terus dalam blog itu sendiri tanpa hendak pikirkan sesuatu link tu..Tak payah nak pening- pening kepala lagi dah, nak tekan berita ( penyet je link tu ), nak tengok blog orang lain, nak update gadgets  pon wat benda yang samalah...Korang semua pun paham kan, celik IT dah semua nih,..tak payah di ajarkan bebagai kan,..search jer kat google, semua ade ( nak wat bom pon ade jugak beb!) haa yang tu tak payah nak gatal - gatal buat lah...kang tak pasal - pasal kena tangkap..huhuhu

Blog laki-laki yang boleh dijadikan rujukan kat sini bagi newbloggie macam aku seperti (benashaari,justkhai,theotherkhairul,zackzukhairi dan lain lain lagi lah - ini yang aku tahu jelah) ini yang otai - otai punya..,banyak info berguna dan boleh di share  pada bloggers lain. Jadinya belajarlah daripada pakar terbaik dari ladang ni yer?. Kesimpulannya..., laki pun boleh berblog apa...?Kadang - kadang lagi baik pon ada...Huhuhu..
Jadinya,..kepada blogger2 lelaki di luar sana, jangan ingat kita orang laki kita tak boleh berbelog...hahaha,.

p/s : Moh tukar tukar maklumat yer?..Ilmu ALLAH itu luas, takkan rugi punya kalau tak share...huhuhu..,untuk lebih lanjut tekan je link aku dah sediakan tu tapi tak banyak lah,..maklumlah budak baru nak belajar..Kalau tak boleh bukak, google jelah nama- nama diorang ye,..gerenti ada punya..dan akhir sekali,..

Pantun ari ni berbunyi begini : 

Buah nangka buah bidara,
dalam blog macam - macam ada....,
(*okeh tak okeh tak?? xD)




Sekian, Wasalam...

Selamat Berblogging Kengkawan..:)

Thursday, December 2, 2010

Buku 1 : Macam Tak Percaya Je

Bismillahirrahmanirrahimm...dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani

Assalamualaikum w.b.t,

Terlebih dahulu syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga blog Pagi Petang Malam disiapkan dan sebagai host , aku ( korang semua boleh panggil Am@Syed @ Idham @ Syaid @ Mat Daham @ Yed dan seumpamanya, -_- ) kerana nama aku panjang sangat iaitu...SYED MOHD IDHAM BIN SYED ABD WADUT, dilahirkan di Mache, Kelantan (sape-sape tak tahu kat mane Machang tu, bukak google earth., gerenti jumpa nye lahh..haha....Haa,bebalik pada nama tadi,panjang kan?.., jadinya panggil lah dengan nama yang selesa dengan korang yer?..Eh sambung balik ayat tadi, dapat juga menulis blog nih..sebenarnya teramatlah malas untuk menulis blog, paham - paham jelah,..kebanyakan blog buat pasal peribadi, kartun blog, traveling, dan pelbagai lagi,...jadi blog ni ade apa je?..haaa..jadi wait and see...huhuhu..

Jadinya,..InsyaALLAH akan dimuatkan dengan pelbagai pengkisahan, seperti....informasi, berita - berita,muzik,jenaka, cintan cintun?(haha,..ini kureng sikit), banyak lagi laa..Bahasanya mungkin  digunakan tribahasa iaitu, BM , BI dan...Kelantan ( originaliti tu penting boh!),..Memandangkan aku masih baru bergetah lagi, jadi korang semua tolong tegur - tegur laa kalau ada salah dan silap. Feel free to correct me, and if want to ask me to do a favour,insyaALLAH I'll try my best to fulfill your need.. okeh?..
Bereh ehh?..huhuhu...

Buat permulaan ni, diharapkan sesi taaruf ( kenal - kenalan ) di alam maya ini akan dapat mengeratkan silaturrahim dan memberikan manfaat kepada kita semua yer?..Sebagai lelaki, ceritanya tidaklah komplikated sangat berbanding perempuan( rasanyelahh...) dan prinsipnya adalah buat rilek rilek sudaahh....terakhirnya, terimalah serangkap pantun 2 kerat dari aku,.reka sendiri nih...

anak itik anak keli,
macam tak percaya je aku bukak blog ni.,

*serius, memang tak percaya je bukak blog ni,..huhuhuhu....
Orait, stay safe, stay alive, jumpa lagi..
.(sep kito jange pecoh!)..

Assalamualaikum..... :D




                                                                                                                                        
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...