Tuesday, December 7, 2010

A brand new start and better life


Assalamualaikum w.bt kengkawan ,...
dan Salam muharram

Post aku kali ini mengenai berkisar kepada kehidupan baru kita setelah bermulanya tahun baru hijriah 1432. Tahun 1431 telah berlalu meninggalkan kita dengan 1001 cerita, pengalaman manis dan pahit, kelat, tawar , masam, dan pelbagai rasa lagi yang sememangnya rencah bagi manusia normal dan lemah seperti kita semua.

Bila berbicara mengenai awal muharram atau kedatangan tahun Islam kita, aku tidak nafikan dan terdapat kebenaran sebilangan remaja yang seakan sudah lupa mengenai bulan - bulan di dalam taqwim Islam. Masyarakat dunia kini lebih gemarkan menggunakan tahun masihi yang digunapakai iaitu kalendar kini ( ia diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII iaitu kalendar Gregorian )

Bukanlah niat aku untuk merendah - rendahkan sesiapa yang menggunakan kalendar Masihi sekarang, tetapi adalah penting bagi umat Islam untuk mengetahui mengenai sejarah kerana terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam kalendar Islam seperti peristiwa Nuzul al-Quran, Isra' Mikraj , Maal Hijrah , Maulidur rasul dan lain lain peristiwa kebesaran dalam taqwim Islam. Dengan adanya takwim sebegini akan menghapuskan sistem takwim jahiliah terhadap aspek kehidupan muslim dari segi akidah , syariah , muamalah dan akhlak.

Umat Islam juga digalakkan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun bagi memohon keampunan sepanjang tahun yang berlalu dan mendatang( doa dibaca selepas asar sebelum maghrib dan selepas maghrib). Diharapkan dengan doa tersebut ALLAH akan mengampuni kita dan dipermudahkan kehidupan dunia dan akhirat, InsyaALLAH.

Jadinya, tahun baru ni diharapkan kita semua (terutamanya aku sendirilah) sama - sama top up amalan dan kebajikan terhadap Pencipta, agar menyedari tujuan kita hidup diatas muka bumi ini. Aku juga berdoa supaya kengkawan meneruskan amalan baik dan tinggalkan segala perkara - perkara hitam lalu dan mulakan hidup berjasa kepada Agama, bangsa dan Negara. Okeh?..Kepada sesiapa yang terasa, aku mintak ampun, mintak maaf kalau tersinggung dan segala yang baik hanyalah datang daripada - NYA.

Pantun hari ini berbunyi:

Ikan keli berenang ke sana kemari,
Perutnya lapar perlu diisi,
Tahun berlalu usahlah ditangisi,
Pasrah dan hadapilah tahun ini dengan penuh berani.

P/S : Kita hidup tidaklah lama, jadi isikanlah masa kengkawan semua dengan aktiviti yang berfaedah okeh??..Berehhhh,...

Fikir - fikirkanlah dan selamat beramal... Salam... =)





4 comments:

nohfee said...

slamat beramal jugak... ;)

SYED MOHD IDHAM AL HABSHEE said...

hehehe,...:)
betul,betul dan betul..huhuhu..

Zuwairi said...

salam maal hijrah:)

SYED MOHD IDHAM AL HABSHEE said...

huhuhu,..salam maal hijrah jgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...