Monday, December 27, 2010

Pengalaman Baru~...Takkan jadi susah kalau kita berani...

Salam kengkawan semua....

apa khabar...?..baikk, sihat walafiat...?...alhamdulillah...bersyukur kita kepada ALLAH S.W.T kerana masih menyambung nyawa kita sehingga ke hari ini.. Terlebih dahulu aku minta maaf kerana sangat lama tidak mengupdate blog ni kerana kekangan masa dan juga pelbagai masalah maklumlah orang baru masuk semester baru ( semester 4 dahhh ) ...sedar tidak sedar memang itulah realitinya..memang tidak percaya aku dah masuk ke semester 4 kat UKM ni dan sangat banyak kerja perlu dilakukan dalam semester ini.

Baru - baru - Sabtu 25/12/2010 - ni aku , and the gang  empat orang sumenye...pergi ke bandar Sunway atau lebih spesifiknya kat Sunway Mall (ye kot,,.yang kat dalamnya ada sunway Lagoon ) dan salah satu azam dari dulu lagi ialah nak main ice skating...Punya lah terujanya bila tengok orang main benda alah tu...Memang seronok,..tengok orang yang professional, amateur dan budak- budak kecik main...

Lepas tu, pergilah kaunter dan bayar.., check -check harga nak masuk,..agak mahal jugak disitu bagi aku lah, tetapi disebabkan pada hari tu orang sambut Krismas memang tak heranlah agak mahal iaitu sebanyak RM31 ( termasuk glove sekali ) Memang permulaan nya memang takut sikit bercampur teruja nak main benda alah tu,..kasut ice skating tu punya lah berat dan ketat kat depan kaki,..apa lagi..belasah jelah...

Masuk je kat gelanggang tu, pegang - pegang dinding jugak, tengok orang lain selamba je main, jeles je tengok orang pandai kan.,..apa lagi aku beranikan diri main sorang diri,..alih - alih rasanya dah 30 round pusing gelanggang ais tu..eh,..not bad..selama tu jugak belajar satu pengalaman yang cukup berharga dan jugak jatuh laa 3kali!,.sebagai beginner ok la tu jatuh 3 kali..

Kawan aku jatuh ada kat 7,8 kali.., asyik jatuh je lepas tu dia pun terus keluar dari gelanggang,haha.., FYI, jatuh kat gelanggang ais tu tak sakit pon,..cuma basah -basah jelah dan diingatkan supaya jangan bawak handset , kamera ,dan barang berharga lain supaya tidak rosak kot kot masuk air ke dalam barangan tu...

Kesimpulannya..., kepada kengkawan yang belum cuba lagi berluncur ais,.cuba  - cubalah yer,..tak rugi kalau kita belajar sesuatu yang baru dan seronok...Okeiy..?
Jumpa lagi ,..
Assalamualaikumm...














Adios
^_^

4 comments:

Zuwairi said...

best mu no...
main ice skating..

SYED MOHD IDHAM AL HABSHEE said...

hahaha...biase2 je...mane ade best...

Hazira Saupi said...

wehhh cam seronok jaaaa ice skatingg. jommmmm! sebelum kita kua ukm. hukhuk.

btw, agak mcm kembang jugaklah hidung aku nmpk blog aku bwh list bloggers kencang. tak layak kot wehh. haha. anyway thanks XD

SYED MOHD IDHAM AL HABSHEE said...

jom beb, kuar reramai :D......hehehe...xde hal lah...ape la sangat kan.., ngeh3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...