Kembali menyambung menulis setelah 9 bulan tinggalkan blog, akhirnya aku update kembali. Sadis betul.hehe. Kali ni aku nak update pasal artwork yang tak seberapa setelah meng"explore" adobe photoshop dan sememangnya kerja edit mengedit gambar ni memang ralit.
Antara hasil terbaruku :)
Self take and edited
flyhigh
Sudi2 lah komen dan cadangan untuk tmbh baik lagi gmbr ni...
dan jangan lupa like page http //www.facebook.com/EightArm?ref=hl
Post kali ni aku nak ketengahkan mengenai kehidupan. Hidup bukan seperti yang kita nak, tetapi DIA dah letak siap macam mana keadaan kita kat atas dunia ini. Baik buruk, jahat baik semuanya pilihan kita. DIA dah bagi jalan.
Kita seringkali mengeluh dengan keadaan kita, tak cukup itu , tak cukup ini. Padehal cuba korang fikir, masih ramai lagi menginginkan hidup seperti korang, selesa dengan peralatan, pakaian, tempat tinggal dan macam impian mereka nak benda yang sama.
Nak selesa?., tak de masalah. Cuma kita hidup bukan lama sangat pun , sampai waktu nanti kita pon akan pergi. Hidup bersederhana sememangnya adalah yang terbaik takpayah kita terikut - ikut sangat dengan hedonisme dunia.
Jawatan, kuasa, pengaruh, posisi, kedudukan , darjat dan seribu macam gelaran atas dunia ni akan disoal siasat di padang mahsyar kelak. Takkan terlepas walau sebesar zarah sekalipun. Aku pun banyak buat salah silap dan anggaplah ini sebagai secuit pandangan ikhlas dari aku.
"Sesungguhnya ALLAH sangat suka hambaNya yang bertaubat kepadaNYA. Yang menjadi persoalan sejauhmana umat Islam boleh berbuat demikian. " - Ustaz Azhar Idrus
Entry tahun baru kali ni aku nak share sedikit pasal lagu dari Monoloque, Batu Belah Batu Konkrit. Interpretasi anak muda mengenai perihal budaya di zaman moden. Mata duitan, pentingkan diri, hipokrit, hasad dengki, fitnah dan bermacam lagi.
Harapan aku tahun baru masihi ni supaya manusia - manusia lebih berkemanusiaan, cukup - cukuplah dengan hasad dengki sesama insan. Hopefully there is always shine in ourself till the end of our life.
Hayati dan fahami.
Something is not right nowadays. Right?.
May Peace Be Upon You.
lirik :
Wahai anakanda ku sayang Kemana hilang budaya
Diculik piring terbang Atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang Semua mahu cepat kaya
Apabila semua dah hilang Barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini Hati bonda tersepit Biarkan bonda pergi Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Wahai anakanda ku sayang Kenapa gadai pusaka
Adakah sebab cinta dan wang Atau kerana kurang peka
Seperti lalang-lalang Suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini Hati bonda menjerit Lepaskan bonda lari Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Alhmdulillah, masih diberi subsidi nyawa olehNYA untuk meneruskan hidup di tahun baru 2012. Tahun lepas banyak tinggalkan kenangan manis,pahit,masam , masin untuk semua orang. Semoga azam kita utuh di tahun masihi ini.
Pada tarikh 31/12/2011 , aku bersama - sama kawan sekolej ke Shah Alam untuk suatu program sambutan tahun baru alternatif, iaitu Karnival Generasi Idaman (GeMS). Ustaz Azhar Idrus, Zizan , Imam Muda Ashraff, Shahir, Ustaz Akhil Hayy, Sham Kamikaze dan Ustaz Syed Norhisham merupakan jemputan yang hadir untuk memeriah majlis semalam.
Sambutan sangat luar biasa dianggarkan seramai lebih 80k yang datang pada majlis meskipun terdapat juga konsert PM di I-City pada malam tu jugak. Aku berasa terharu dengan jumlah yang datang rata - ratanya orang muda memilih untuk datang ke majlis sebegini.Ini adalah hidayah ALLAH nak berikan kepada umat Islam walaupun terdapat program 'kebiasaan'.
Dimulakan dengan sembang santai oleh Imam Muda Ashraff seterusnya berhenti seketika untuk solat maghrib dan bersambung sehingga solat Isya'. Program seterusnya dengan penampilan Shahir AF bersama - sama Sham Kamikaze. Aku respek dengan penghijrahan brader Sham, berbelas tahun bermain muzik pastu ambil keputusan untuk berubah bersama ulama'. "Main muzik tu biarlah berpada-pada. Jangan sampai lagha" - Sham. Salute.
Ada sorang lagi artis yang berhijrah,Darkmie (bekas rockers 80-an) ada menyanyikan 2 buah lagu bersama - sama brader Sham. Aku tak ingat lagu apa, tapi ada satu lagu tu OST ADAMAYA.
Kemuncak program ni dimana Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan di atas pentas. Zizan bertanyakan soalan2 yang telah terkumpul lepas tu Ustaz Azhar jawab semua. Selamba je UAI jawab. berair mata tergelak - gelak dengan soalan dan jawapan diorang. Biarpun dengan soal jawab tu, ada ilmu disebalik tawa. Insya-ALLAH. Lepas tu, Ustaz Akhil Hayy menyanyikan lagu HambaMu dan Barakallah (Maher Zain) selingan sebelum penutup program.
Aku tengok Zizan dan Shahir macam sedikit insaf, merah jugak mata diorang mungkin tak pernah menyambut secara sederhana dan sebegini rupa. Pengalaman cukup bermakna jugak bagi aku, semoga program sebegini diteruskan pada tahun hadapan.
Penutup program sebagai menyambut tahun baru 2012 dengan bacaan Asma ul Husna dan doa dari UAI tanpa percikan bunga api. Hanya kalimah ilahi menjadi sebutan. Takbir!.