Thursday, December 27, 2012

Artwork

Assalamualaikum,

Kembali menyambung menulis setelah 9 bulan tinggalkan blog, akhirnya aku update kembali. Sadis betul.hehe. Kali ni aku nak update pasal artwork yang tak seberapa setelah meng"explore" adobe photoshop    dan sememangnya kerja edit mengedit gambar ni memang ralit.

Antara hasil terbaruku :)

Self take and edited 



flyhigh


Sudi2 lah komen dan cadangan untuk tmbh baik lagi gmbr ni...
dan jangan lupa like page http //www.facebook.com/EightArm?ref=hl
Terima kasih dan selamat tahun baru 2013! :)
Wasalam.

Thursday, February 2, 2012

keHIDUPan

Assalamualaikum,

Post kali ni aku nak ketengahkan mengenai kehidupan. Hidup bukan seperti yang kita nak, tetapi DIA dah letak siap macam mana keadaan kita kat atas dunia ini. Baik buruk, jahat baik semuanya pilihan kita. DIA dah bagi jalan.

Kita seringkali mengeluh dengan keadaan kita, tak cukup itu , tak cukup ini. Padehal cuba korang fikir, masih ramai lagi menginginkan hidup seperti korang,  selesa dengan peralatan, pakaian, tempat tinggal dan macam impian mereka nak benda yang sama.

Nak selesa?., tak de masalah. Cuma kita hidup bukan lama sangat pun , sampai waktu nanti kita pon akan pergi. Hidup bersederhana sememangnya adalah yang terbaik takpayah kita terikut - ikut sangat dengan hedonisme dunia.

Jawatan, kuasa, pengaruh, posisi, kedudukan , darjat dan seribu macam gelaran atas dunia ni akan disoal siasat di padang mahsyar kelak. Takkan terlepas walau sebesar zarah sekalipun. Aku pun banyak buat salah silap dan anggaplah ini sebagai secuit pandangan ikhlas dari aku.

"Sesungguhnya ALLAH sangat suka hambaNya yang bertaubat kepadaNYA. Yang menjadi persoalan sejauhmana umat Islam boleh berbuat demikian. "   - Ustaz Azhar Idrus


May Peace Be Upon You.



Sunday, January 8, 2012

Batu Belah Batu Konkrit - suatu interpretasi.




Assalamualaikum,

Entry tahun baru kali ni aku nak share sedikit pasal lagu dari Monoloque, Batu Belah Batu Konkrit. Interpretasi anak muda mengenai perihal budaya di zaman moden. Mata duitan, pentingkan diri, hipokrit, hasad dengki, fitnah dan bermacam lagi.

Harapan aku tahun baru masihi ni supaya manusia - manusia lebih berkemanusiaan, cukup - cukuplah dengan hasad dengki sesama insan. Hopefully there is always shine in ourself till the end of our life.

Hayati dan fahami.
Something is not right nowadays. Right?.

May Peace Be Upon You.

lirik :

Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka
Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit.

Sunday, January 1, 2012

Selamat tinggal 2011,Selamat datang 2012

Assalamualaikum,


Alhmdulillah, masih diberi subsidi nyawa olehNYA untuk meneruskan hidup di tahun baru 2012. Tahun lepas banyak tinggalkan kenangan manis,pahit,masam , masin untuk semua orang. Semoga azam kita utuh di tahun masihi ini.


Pada tarikh 31/12/2011 , aku bersama - sama kawan sekolej ke Shah Alam untuk suatu program sambutan tahun baru alternatif, iaitu Karnival Generasi Idaman (GeMS). Ustaz Azhar Idrus, Zizan , Imam Muda Ashraff, Shahir, Ustaz Akhil Hayy, Sham Kamikaze dan Ustaz Syed Norhisham merupakan jemputan yang hadir untuk memeriah majlis semalam.


Sambutan sangat luar biasa dianggarkan seramai lebih 80k yang datang pada majlis meskipun terdapat juga konsert PM di I-City pada malam tu jugak. Aku berasa terharu dengan jumlah yang datang rata - ratanya orang muda memilih untuk datang ke majlis sebegini.Ini adalah hidayah ALLAH nak berikan kepada umat Islam walaupun terdapat program 'kebiasaan'.

Dimulakan dengan sembang santai oleh Imam Muda Ashraff seterusnya berhenti seketika untuk solat maghrib dan bersambung sehingga solat Isya'. Program seterusnya dengan penampilan Shahir AF bersama - sama Sham Kamikaze. Aku respek dengan penghijrahan brader Sham, berbelas tahun bermain muzik pastu ambil keputusan untuk berubah bersama ulama'. "Main muzik tu biarlah berpada-pada. Jangan sampai lagha" - Sham. Salute.

Ada sorang lagi artis yang berhijrah,Darkmie (bekas rockers 80-an) ada menyanyikan 2 buah lagu bersama - sama brader Sham. Aku tak ingat lagu apa, tapi ada satu lagu tu OST ADAMAYA.



Kemuncak program ni dimana Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan di atas pentas. Zizan bertanyakan soalan2 yang telah terkumpul lepas tu Ustaz Azhar jawab semua. Selamba je UAI jawab. berair mata tergelak - gelak dengan soalan dan jawapan diorang. Biarpun dengan soal jawab tu, ada ilmu disebalik tawa. Insya-ALLAH.
Lepas tu, Ustaz Akhil Hayy menyanyikan lagu HambaMu  dan Barakallah (Maher Zain) selingan sebelum penutup program. 


Aku tengok Zizan dan Shahir macam sedikit insaf, merah jugak mata diorang mungkin tak pernah menyambut secara sederhana dan sebegini rupa. Pengalaman cukup bermakna jugak bagi aku, semoga program sebegini diteruskan pada tahun hadapan.


Penutup program sebagai menyambut tahun baru 2012 dengan bacaan Asma ul Husna dan doa dari UAI tanpa percikan bunga api. Hanya kalimah ilahi menjadi sebutan. Takbir!.


Less Hate, Love More.
May Peace Upon Us.
Salam
.



































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...