Sunday, January 8, 2012

Batu Belah Batu Konkrit - suatu interpretasi.




Assalamualaikum,

Entry tahun baru kali ni aku nak share sedikit pasal lagu dari Monoloque, Batu Belah Batu Konkrit. Interpretasi anak muda mengenai perihal budaya di zaman moden. Mata duitan, pentingkan diri, hipokrit, hasad dengki, fitnah dan bermacam lagi.

Harapan aku tahun baru masihi ni supaya manusia - manusia lebih berkemanusiaan, cukup - cukuplah dengan hasad dengki sesama insan. Hopefully there is always shine in ourself till the end of our life.

Hayati dan fahami.
Something is not right nowadays. Right?.

May Peace Be Upon You.

lirik :

Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka
Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit.

Sunday, January 1, 2012

Selamat tinggal 2011,Selamat datang 2012

Assalamualaikum,


Alhmdulillah, masih diberi subsidi nyawa olehNYA untuk meneruskan hidup di tahun baru 2012. Tahun lepas banyak tinggalkan kenangan manis,pahit,masam , masin untuk semua orang. Semoga azam kita utuh di tahun masihi ini.


Pada tarikh 31/12/2011 , aku bersama - sama kawan sekolej ke Shah Alam untuk suatu program sambutan tahun baru alternatif, iaitu Karnival Generasi Idaman (GeMS). Ustaz Azhar Idrus, Zizan , Imam Muda Ashraff, Shahir, Ustaz Akhil Hayy, Sham Kamikaze dan Ustaz Syed Norhisham merupakan jemputan yang hadir untuk memeriah majlis semalam.


Sambutan sangat luar biasa dianggarkan seramai lebih 80k yang datang pada majlis meskipun terdapat juga konsert PM di I-City pada malam tu jugak. Aku berasa terharu dengan jumlah yang datang rata - ratanya orang muda memilih untuk datang ke majlis sebegini.Ini adalah hidayah ALLAH nak berikan kepada umat Islam walaupun terdapat program 'kebiasaan'.

Dimulakan dengan sembang santai oleh Imam Muda Ashraff seterusnya berhenti seketika untuk solat maghrib dan bersambung sehingga solat Isya'. Program seterusnya dengan penampilan Shahir AF bersama - sama Sham Kamikaze. Aku respek dengan penghijrahan brader Sham, berbelas tahun bermain muzik pastu ambil keputusan untuk berubah bersama ulama'. "Main muzik tu biarlah berpada-pada. Jangan sampai lagha" - Sham. Salute.

Ada sorang lagi artis yang berhijrah,Darkmie (bekas rockers 80-an) ada menyanyikan 2 buah lagu bersama - sama brader Sham. Aku tak ingat lagu apa, tapi ada satu lagu tu OST ADAMAYA.



Kemuncak program ni dimana Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan di atas pentas. Zizan bertanyakan soalan2 yang telah terkumpul lepas tu Ustaz Azhar jawab semua. Selamba je UAI jawab. berair mata tergelak - gelak dengan soalan dan jawapan diorang. Biarpun dengan soal jawab tu, ada ilmu disebalik tawa. Insya-ALLAH.
Lepas tu, Ustaz Akhil Hayy menyanyikan lagu HambaMu  dan Barakallah (Maher Zain) selingan sebelum penutup program. 


Aku tengok Zizan dan Shahir macam sedikit insaf, merah jugak mata diorang mungkin tak pernah menyambut secara sederhana dan sebegini rupa. Pengalaman cukup bermakna jugak bagi aku, semoga program sebegini diteruskan pada tahun hadapan.


Penutup program sebagai menyambut tahun baru 2012 dengan bacaan Asma ul Husna dan doa dari UAI tanpa percikan bunga api. Hanya kalimah ilahi menjadi sebutan. Takbir!.


Less Hate, Love More.
May Peace Upon Us.
Salam
.



































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...