Friday, December 23, 2011

Kerja Seni

Assalamualaikum,

Kali ini aku nak kongsi sedikit mengenai artwork aku terutama poster yang telah aku buat tahun ini untuk projek - projek semester akhir. Penat otak kalau nak dipikirkan untuk membuatnya, tapi disebabkan minat mengatasi semuanya.


Eksperimental Dokumentari Cover CD

Eksperimental back cover

Dokumentari Cover


Edisi suratkhabat pusat pengajian media dan komunikasi ( Nadi Bangi )


untuk nadi bangi version pertama

nadi bangi muka tengah 2
Terimalah,btw kalau ada komen ke cadangan ke kritikan bolehlah bagitau aku orait?
semua hakcipta adalah terpelihara. sekian.

Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru Azam Baru

Assalamualaikum,


Sedar tak sedar kita sudahpun masuk dimensi baru,. tahun yang baru,.iaitu tahun baru Islam. Awal Muharram kembali semula. Alhamdulillah, sampai ke hari ni, ALLAH masih lagi beri kita nyawa untuk bernafas, melakukan kerja2 seharian dan rezeki - rezeki yang diberikan tanpa kita duga.


Sebagai pelajar, aku tidak terkecuali dalam hal ni. Alih - alih tengok dah pun masuk tahun 3 , final year pulak tu. Mane taknye, rase baru semalam masuk universiti, dah tahun last. How time flies very fast.(dunia semakin menuju kiamat). Semoga kita dilindungi selalu.


Azam tahun baru dulu cita-cita nak berubah menjadi lebih baik, amacam tempoh setahun tu?, ada perubahan tak?..kalau ade baguslah. Kalau takde, pikir2 la sendiri. Tahun baru sudahpun bermula, apa yang penting aku nak cakap kat sini, sampai bila nak tunggu ?, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Nak harapkan siapa lagi?..tepuk dada, tanya iman.


Kalau dulu kita jahat, nakal kita bertukar lah kepada yang baik "sikit",.daripada suka berbohong berubah jadi orang yang jujur. Aku tahu bukan senang nak ubah benda yang dah ada dalam diri masing2. Hey, kalau kau tak cuba bila nak menjadi perangai tu. Even it takes time, atleast you are becoming a 'human' not a some hypocrites.


Man jadda wajadda ( siapa yang berusaha , raliknya akan berjaya ).


May Peace Upon You.
Salam Maal Hijrah 1433.

Monday, October 3, 2011

Alhamdulillah

Peace be upon you.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun menunggu dan masa, aku telah pun mendapat impian yang aku idam - idamkan iaitu kamera dslr ( nikkon D7000). Macam tak percaya je kan setelah beberapa lama menunggu dan penantian akhirnya berbuahkan hasil.

Belajar dan terus mencari ilmu. 
Semoga dengan hadiah dari ilahi ini terus mematang hidup aku.
Alhamdulillah..

:)


display.. :D






                         
eksperimental imej.


kpd pencinta2 fotografi, sudi2 la mengajar saya yang baru ni..:)
Gambar - gambar eksperimental lain akan diupload dari masa ke semasa.

Asslmkm.. :) 

                 
 

Thursday, September 15, 2011

Masihkah?


Kerdil sungguh diri ini,
Bayangkan berbilion makhluk dalam semesta,
Cuba bayangkan,
Kita tidak punya apa – apa. Kosong.

Obsesi manusia mencari harta,
Obsesi manusia mencari cinta duniawi,
Obsesi mencari harapan palsu,
Azali diri kita memang begini,
Fitrah .
Namun,  tarbiyyah hakiki tiada mudah,
Kitabullah – buku jawapanNYA sempurnakan hidup,
As-sunnah  - makna hidup sebenar disini.
Selagi kelam kotak ‘programming’,
Gelita di jalanan bersuluh.

Hari bukannya selamanya  terang,
Sekilas guruh sepintas kilat menyambut hari,
Apa mungkin mengharap permata dari gerombolan dosa?.
Dosa semalam .

Hidayah  tiada datang,
 Empat kerat tulang menagih simpati Maha Segala Penguasa,
Selamanya mengharap.
Adakah kita pilihanNya?
Masihkah kita?

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.. :)
Ahlan wasahlan ya ramadhan, welcome ramadhan...
YA, alhamdulillah kita berada dalam bulan ramadhan ya.., masih dipanjangkan umur sehingga dapat menikmati bulan rahmat nih..

Puasa korang macam mane dan terawikh?..ok tak..baru dua hari umat Islam berpuasa dan diharapkan puasa ni menjadikan kita mukmin yang berjaya menangani dan mencegah dari perkara sebelum2 nih yang kureng ke, banyak buat perkara tak elok ke  ape semua kan..InshaALLAH..semoga kita memperolehi barakah dan hidayah dariNYA.

Entry kali ni adalah pasal tabiat kita (orangkita ) dalam bulan puasa. Memang banyak betul cubaan dan godaan walaupun syaitonirraim takde...,terutamanya part membazir. Membazir ada kelas2 membazir dia., membazir makanan, masa dan tenaga. Kalau nak diceritakan sampai besok tak habis isu pasal membazir nih..

Orangkita kalau pergi ke bazaar ramadhan, penuh dibelinya tak pernah cukup., dah dapat laksa ditambahnya nasi kukus , kuih muih macam - macam fesyen, pastu air pulak kan, cuba bilang berapa banyak dibelinya, nak buat macam mana time tu la semuanya nampak sedap..kan kan kan??..
 Alih - alih lepas berbuka..tengok berapa kerat je makan.., nak berbelanja boleh takda masalah pun, memang korang ada hak..cuba korang imagine saudara kita di afrika, palestin,bosnia herzegovina,. jangankan kuih cek mek molek,. air pun kadang2 ada kadang2 takde. Sedih.. Jadi, dalam bulan ramadhan ni, cubalah kurang2 kan berbelanja pada yang tak patut, bersederhana sudah...ikut jer Sunnah Nabi S.A.W...kan elok?..

Jadinya...,elakkan membazir..tak pasal2 jadi saudara syaitan..orait?.. :)

Puasa mata,
Puasa kakitangan,
Puasa Hati,
Moga terjaga Diri...


May Peace Be Upon You. :)

courtesy of iluvislam






Tuesday, July 5, 2011

Bulan Tujuh Dua Ribu Sebelas

Assalamualaikum..

Update terbaharu blog kali ni nak cerita sikit pasal minggu pertama di bulan tujuh. Pergh, sedar tak sedar dah masuk bulan 7 kita ni kan. Alhamdulillah masih bernyawa lagi, dan diberi peluang olehNYA untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. 


Aku sudah mengalami fasa post - short - sem, atau mudahnya baru habis semester pendek baru - baru ini. Walaupun takdelah terlalu lama, cuma nak update blog ni sedikit kemalasan. Almaklumlah lelaki kan..Alasan..haha..

Okeh azam bulan 7 ni,

  1. Siapkan tesis sampai bab 3, InshaALLAH. *pening2 lalat lagi ni*.
  2. Part - time job (ini harus, cari duit poket sikit)
  3. Hal - hal berkaitan,..err....tgok bola kat bukit jalil..?..hmm..tengok ekonomi jugak ni..
Okeh lah, kalau takde aral melintang semua perkara ataih ni menjadiklah~harap- harap...Oraite., that's all for now.

Take care.
Assalamualaikum.. :)

Monday, June 13, 2011

End of 3rd Sem

Assalamualaikum kwn-kwn..

Pergh, berhabuk tinggal blog tak seberapa nih~..haha..tak pelah..ikut mood jugak kan nak update kan..keh keh keh..

update blog untuk tengah - tengah pagi : short semester has come to an end..
pejam celik bukak mata balik, tengok - tengok dah habis masa untuk semester pendek nih kan..how time flies~..
Minggu depan ade exam for short sem, doakan aku berjaya lah yea...amin...kalau dapat pointer tinggi ( sem lepas tak berapa nak tinggi , huhuuuu..T_T ), aku belanje korang ... heheh.. :D

Next,..

Menurut perangkaan En. Syed Mohd Idham bin Syed Abd Wadut nih berkemungkinan besar akan bekerja di luar negeri Kelantan,..Nak tak nak memang kena cari duit poket untuk semester baru depan nih~,..fuuhh fuhh kena struggle lagi nih. DSLR pun tak beli lagi, alahai...

InshaALLAH, god's willing...

There's no glory without a  single pain..

see ya around then..

DSLR org lain punye. T_T
Assalamualaikum... xD

Monday, April 18, 2011

Exam Exam Exam~

Assalamualaikum,
well hello there, kengkawan..,berjumpe lagi di blog tak seberapa nih... :)
Setakat ni, Alhamdulillah aku baru habis 2 paper baru - baru ni, dan esok ngan lusa ade lagi test iaitu pengurusan organisasi media dan pengantar pendidikan bersepadu.
Dengan kesibukan masa dan ruang ni, bagi korang yang membaca entry kali ni , aku doakan korang semoga maju jaya dalam menempuhi peperiksaan semester kali ini. Ingatlah peperiksaan ini bukanlah tanda pengukur sejauhmana kepandaian seseorang, dan kalau yang dapat rendah CGPA tu bukan bermakna kita kurang pandai. Aku selalu dengar pengalaman dengan soft skill tu sama penting dengan akademik." Alah, kalau pointer tinggi kerja lain tak leh buat pun sama lah., "

Aku bukan skeptikal dengan ayat tu, cuma apa yang membimbangkan..Setiap tahun dan berapa ribu ijazah dikeluarkan, diploma lagi., sijil lagi laa...,tapi dengan kemahiran ni, banyak membantu kita dalam berorganisasi kelak. Hope you guys think about it for sake of your future. yeah..
Dan last sekali, rezeki tu akan datang jugak cuma lambat atau cepat sahaja. Jadi berusahalah sehabis mungkin untuk exam kali ni yeah..

All the best, May ALLAH with you always.

Assalamualaikummmm., jumpe lagi di entry lain..inshaALLAH..Daaaa...

macam dah kerja pejabat pulak..:P

Saturday, April 2, 2011

Hectic Days!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sume kawan,
Pergh, memang lama betul tak update blog nih~,
dari bulan 1 lagi...sekarang ni dah masuk bulan 4...wah wah wah..sangat lama..haha..
apekan daya, busy teramat kot..al maklumlah dah amek course kom. media kan..memang hidup macam nih la..

I wonder if someday near future what my life's i gonna through, must be passionate day by day, inshaALLAH...Konfem la busy sesangat..

Nak update blog pun bukan main susah lagi..huhuuhu,
Sepanjang 14 minggu perkuliahan macam - macam la perkara ( deejaying, broadcasting, programming stuff ) yang aku dah buat, termasuk join program - program kolej yang sememangnya menarik, dan mencabar diri sendiri, tapi apekan daya nasib badan.., but the end of the journey, Im enjoy myself with my friends around me. Really.

Ade beberapa hasil kerja sendiri sepanjang semester 2 kat UKM ni, antaranya...jeng jeng jeng...

Official Radio Midas UKM sem 2
copyright reserved


PaperCrew Production
Gebang Kampus Team~!


Ni la Poster  Program Gebang Kampus
Original design by me

Gegeh jadi cameraman ( cam 2 ) time POSH production :)
Best betul main bende nih..huhu

Kenangan semester 2, PC dan Posh Production Bergabung~
Well done and thanks for great work guys..:)

Gebang Kampus
Dari Siswa Kepada Anda..
.

Buat masa ni, setakat inilah update terbaharu dari aku, dengan ini sebarang masalah atau kesilapan aku nak pohon berinfiniti kemaafan ( macam hari raye pulak kan) sepanjang sem yang mencabar nih..

Adios, Assalammualaikummmm wbt...
P/S :errr, jangan lupa tinggalkan komen okayy..thankss!..:)

Thursday, January 13, 2011

Bundle Oh Bundle

Salam Kengkawan sume,

Haaa,post kali ni berbunyi bundle oh bundle..Oh, pengalaman berbundle ni dah lama dahh...sejak form 3 onwards smpailah sekarang ni,..owh...agak lama jugak la..
Macam masakan jugak, untuk menyelam ( mencari dan memilih brg) bundle ni bukan lah suatu perkara yang senang dan mudah. Koleksi baju aku ada sikit jer, dalam 130 helai ( macam - macam harga dan brand ada ), kasut 8 pasang, sweater 5 helai, Seluar jeans dan slack <20 helai,...kemeja < 20 jugak,..hmmm...ape lagi yer..beg, jam tangan...huihh..boleh tahan....huhuhu

 Bundle memerlukan pemerhatian yang rapi terhadap sesuatu barangan tak kisahlah baju , seluar, topi, kasut, beg, jam, tali pinggang dan sebagainya. Walaupun barang 2nd hand or 3rd hand.., kualitinya memang sangat memuaskan hati,.brg2 bundle boleh dikategorikan mengikut gred..ade gred A+,A, A -, B+ dan sebagainya..semuanya bergantung kepada kondisi, jenama , kedai bundle ke atas sesuatu barangan tu lah...

Kalau langkah kanan, dapatlah barang baik,..kalau x barang2 biasa jelah...,biasanya kalau nk pegi menyelam kat kedai2 bundle tak boleh nk plan.., ikut hati  jer,..jangan di plan..kemungkinan besar barang yang diinginkan susah nak dapat..( tu based on my experience )..just go and get some good items,...thats all..insha ALLAH dapat...

Tips - Tips menjadi Bundler Tegar

  1. Minat
  2. Duit ..of course.,..nak menyelam kene ade jgk duit.,. xbanyak cuma takpa sebagai bekalan kot2 ade barang berkenan di hati..
  3. Tanya pendapat pakar (expert ) pasal kain, barang, brand, yg berkaitan
  4. Pandai bagi harga sendiri,...atau pandai menawar harga yang berpatutan terhadap sesuatu barang tu.
  5. Lastly, bina network bundler antara peminat bundle lain yang satu kepala dengan anda.
  6. Pastu, pastikan barang yang ada beli tu basuh dulu sebelum pakai..untuk kebersihan.

Kata - kata terakhir,..majulah bundle untuk negara,..apa salahnya guna barangan terpakai yang masih elok dari pakai barangan berjenama tapi membazir..?
Bawah ni ada gambar - gambar barangan yang aku jual sendiri.., kalau nak lagi murah.., inbox me by fb or phone..okeiy....:),..link bawah tu like2 la, nanti kita discuss harga..hehe
http://www.facebook.com/pages/Bundleisme-Co/154994507882932

Esprit for Ladies
condition A-
Rm35
appropriate for any occasion

Gambar belakang

Gambar lagi

R. nEWBOLD from Paul Smith Division
saiz S
for Him or Her
RM25

R.Newbold Tab







lee rider
saiz 30
condition A-
- RM40
MADE IN USA

gambar belakang

tab and pockets
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...